Selasa, 7 Mac 2017

Beratus Juta Kerajaan Dap Beri Duit Kepada PDC Tapi Mana Hilangnya Rumah Mampu Milik?


BALIK PULAU, 28 Feb – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Mohd Farid Saad mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan berapakah jumlah wang yang sudah disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) untuk pembinaan perumahan mampu milik dari hasil penjualan tanah tambakan laut Bayan Mutiara yang selalu diwar-warkan oleh Kerajaan Negeri sehingga 2016.

Pertikai Raja Salman Tidak Akui Derma RM2.6 Billion… Kit Siang Buat Kenyataan Paling Dungu


KUALA LUMPUR, 3 Mac – Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan kenyataan penasihat Dap, Lim Kit Siang, yang berkata tiada kenyataan dari Raja Salman berhubung isu derma RM 2.6 bilion merupakan tamparan kepada Datuk Seri Najib, merupakan satu kenyataan yang paling dungu yang pernah beliau dengar daripada penasihat Dap itu sepanjang  berkecimpung dalam bidang politik di negara ini.

ADUN Batang Kali Fail Saman Pemula Terhadap DUN Selangor


SHAH ALAM, 6 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan hari ini memfailkan saman terhadap Kerajaan PKR Selangor berhubung isu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 1 November tahun lalu .

Rundingan Parti Pembangkang PRU-14, Kerusi Pas Kini Dijadikan ‘Barang Lelong’ – Shukor


KUALA LUMPUR, 7 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Datuk Abdul Shukor Idrus berkata Pas perlu ada pendirian tersendiri setelah kerusi yang ditandinginya sebelum ini seperti ‘dilelong’ oleh rakan-rakan sekutunya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Isnin, 6 Februari 2017

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Pendedahan Murad, Kerugian Bank Negara

Oleh: Azman Abas


KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pemuda UMNO hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pendedahan yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara,atuk Abdul Murad Khalid.

Naib Ketuanya, Senator Datuk Khairul Azwan Datuk Harun berkata pihaknya mengambil serius terhadap pendedahan mengenai kerugian mega besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.

Sabtu, 7 Januari 2017

Asal Usul BANDAR MALAYSIA...

Projek Bandar Malaysia Ikut Jadual
17 Februari 2011
Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 17 Feb. - Pelaksanaan Projek Bandar Malaysia kini berjalan mengikut jadual dengan termeterainya perjanjian pembangunan di lapan tapak pemindahan yang akan menempatkan pangkalan tentera dan polis yang sedang beroperasi di Pangkalan Udara Sungai Besi, dekat sini.

1Malaysia Development Bhd. (IMDB) dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya akan membangunkan pangkalan baharu bagi Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Rejimen ke-31 Artileri DiRaja (31 RAD) dan Pangkalan Gerakan Udara Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Lima tapak pemindahan telah dikenal pasti bagi operasi TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, iaitu di Subang, Selangor; Kuantan, Pahang; Sendayan, Negeri Sembilan; Butterworth, Pulau Pinang dan Gong Kedak, Terengganu; dua bagi PDRM masing-masing di Subang dan Ipoh, Perak dan satu untuk 31 RAD di Kajang, Selangor.

Perjanjian bagi pembangunan pangkalan di Butterworth dan Gong Kedak untuk TUDM telah pun ditandatangani pada bulan Disember 2011 manakala bagi tapak di Ipoh untuk PDRM dimeterai pada bulan lalu.

Perjanjian-perjanjian untuk lokasi selebihnya ditandatangani hari ini antara Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yasin dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Halmi.

Majlis itu disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff.

Proses pemindahan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, sebaik selesai kerja-kerja pembinaan di pangkalan-pangkalan baharu dalam tempoh lima tahun lagi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) 1MDB Real Estate Sdn. Bhd., Datuk Azmar Talib berkata, perjanjian pada hari ini menandakan permulaan kerja-kerja pembinaan di tapak-tapak baharu.

"Seiring dengan keutamaan kami untuk mengurangkan gangguan terhadap operasi-operasi keselamatan negara, pihak yang terlibat hanya akan berpindah selepas tapak-tapak baharu sedia untuk diduduki," kata Azmar dalam kenyataan yang sama.

Pada bulan Jun 2011, 1MDB yang juga pemaju induk bagi Bandar Malaysia telah memeterai Perjanjian Jual Beli bagi pemindahan 198 hektar tanah Lapangan Terbang Sungai Besi antara 1MDB dan Suruhanjaya Tanah Persekutuan; Perjanjian Jual Beli bagi 750 ekar tanah di Sendayan di antara 1MDB dan Menteri Besar Diperbadankan, Negeri Sembilan sebagai tapak ganti pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan perjanjian induk penempatan semula bagi membangunkan lapan tapak ganti untuk Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Bandar Malaysia bertujuan membudayakan konsep keselesaan kehidupan sebagai ciri utama Greater Kuala Lumpur.

Ia merupakan satu pembangunan bersepadu yang menekankan konsep keseimbangan antara hidup dan kerjaya.

Ini adalah kali ketiga tapak ini digunakan bagi projek bersifat game-changing. Pada 1956, ia berfungsi sebagai lapangan terbang antarabangsa pertama negara, membuka peluang bagi industri penerbangan, pengangkutan, pelancongan dan hospitaliti.

Utusan

Sabtu, 17 Disember 2016

Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur - Singapura


Infografik Rel Berkelajuan Tinggi KL-Singapura. Tahniah dan terima kasih YAB PM kerana terus memikir kehadapan untuk memajukan Malaysia.

My4All