Naib Ketuanya, Senator Datuk Khairul Azwan Datuk Harun berkata pihaknya mengambil serius terhadap pendedahan mengenai kerugian mega besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.
“Justeru, Pemuda UMNO mendesak pihak kerajaan agar RCI ditubuh segera untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa Bank Negara telah muflis pada tahun 1991.
“Dan ianya juga untuk menyiasat dan mengesahkan bahawa telah wujud satu usaha bagi menutupi fakta atau cover up terhadap ‘Forex Trading Exposures’ sebanyak USD150 billion dan ‘Forex Trading Loss’ yang melebihi USD30 billion,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.
Azwan seterusnya menambah pergerakan itu juga mahu siasatan dilakukan ke atas kedudukan kewangan Bank Negara sama ada kerugian sebenar Bank Negara pada waktu itu adalah jauh lebih tinggi daripada kerugian yang telah diumumkan dalam laporan akaun sepanjang tahun 1991.
“Tindakan cover up ini dianggap satu jenayah yang perlu disiasat melalui penubuhan RCI bagi mencari mereka yang telah memanipulasi dan menyebabkan Bank Negara Malaysia muflis pada tahun 1991,” tegasnya.
–MediaUMNO

Tiada ulasan:
Catat Ulasan