Isnin, 6 Februari 2017

Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tubuh RCI Siasat Pendedahan Murad, Kerugian Bank Negara

Oleh: Azman Abas


KUALA LUMPUR, 6 Feb – Pemuda UMNO hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) berhubung pendedahan yang dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara,atuk Abdul Murad Khalid.

Naib Ketuanya, Senator Datuk Khairul Azwan Datuk Harun berkata pihaknya mengambil serius terhadap pendedahan mengenai kerugian mega besar dalam urusniaga matawang atau Forex Trading pada tahun 1991 yang telah membawa Bank Negara Malaysia ke tahap muflis.