Sabtu, 17 Disember 2016

Mengapa Kit Siang Membisu Bila Tunku Aziz Kata DAP Penuh Rasuah

Published on Friday, 16 December 2016 09:47

KUALA LUMPUR: Kelantangan DAP menuduh kerajaan mengamalkan rasuah kini terkedu apabila bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa parti teraju Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu penuh dengan rasuah.


Ketua UMNO Bahagian Jelutong Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kit Siang disifatkan sudah nyanyuk kerana tidak mengambil tindakan terhadap amalan rasuah yang bermaharajalela dalam partinya secara terang-terangan.

"DAP selama ini memang terkenal dengan sikap suka mengambil tindakan saman tetapi apabila Tunku Aziz terang-terangan menuduh parti DAP penuh rasuah, mengapa tiada sebarang tindakan diambil," katanya menyarankan Kit Siang mengemukakan saman fitnah terhadap Tunku Aziz.

“Jadi, jika Kit Siang mahu bercakap pasal rasuah, lebih baik dia saman dulu Tunku Aziz. Jika tidak, memang benarlah dakwaan yang dibuat bahawa DAP adalah parti penuh rasuah,” katanya dipetik UMNO Online.

Tunku Aziz sebelum ini menyatakan tindakannya keluar parti pada 2012 disebabkan amalan rasuah yang teruk berlaku dalam parti berkenaan.

“Punca saya ambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuh yang amat teruk di dalam parti itu”, ujarnya.

Beliau yang juga bekas Naib Pengerusi Trasparency International hanya kekal selama empat tahun selepas dijemput menyertai DAP oleh Kit Siang pada 2008.

Dalam pada itu, sebagai individu yang kononnya menentang amalan rasuah dan ingin menegakkan keadilan, Kit Siang kata Razak harus mendesak anaknya Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jelas Razak, ini kerana Guan Eng kini terpalit dengan dua tuduhan menerima rasuah berbentuk diskaun pembelian rumah banglo miliknya serta skandal tender tanah di negeri berkenaan.

“Kit Siang sepatutnya malu bercakap soal rasuah kerana parti integriti parti DAP tercalar teruk akibat rasuah. Tetapi tidak seorangpun pemimpin DAP yang berani untuk menafikan atau membuktikan mereka tidak terlibat dengan rasuah," tegasnya.

“Setiap kali diajukan persoalan ataupun dituntut memberi jawapan berkaitan skandal rasuah yang terpalit, mereka akan menuding jari kepada orang lain ataupun memburukkan kerajaan pusat.

“Nasihat saya kepada Kit Siang, bersihkan parti sendiri sebelum sibuk mahu mencampuri urusan kerajaan pusat,” katanya lagi.

- Malaysian Digest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan